Monday, 11 June 2012

Puisi di Suara Keadilan


Alhamdulillah, puisi saya berjudul 'Menjaring Keikhklasan' telah disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan Edisi 69 (5 JUN 2012).



MENJARING KEIKHLASA

Sejak kapan
kau mengeluh resah
memakai sepatu perjuangan
yang panas membara

Sejak bila
kau rasa lelah
merempuh kezaliman
menerobos benteng keangkuhan

Hari ini
sebuah perjuangan bukan hanya
sekelumit pengorbanan
andai nyawa jadi taruhan
bukan jaminan
memetik ranum kejayaan

Kau toleh kanan dan kiri
mana letak keikhlasan
adakah tersemat
di relung kalbu yang paling dalam
atau hanya tergantung
di lidah tidak bertulang?

AMIRUDDIN M.R
Taman Lumat, Beaufort Sabah

No comments: