KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Sasterawan Negara, Muhammad Dahlan Abdul Baing atau lebih dikenali sebagai Arena Wati meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pagi tadi akibat barah paru-paru.
Allahyarham yang berumur 84 tahun meninggal pada pukul 1.40 pagi.
Beliau terkenal di kalangan pelajar sekolah menengah satu ketika dahulu menerusi novelnya Sandera yang dijadikan teks sastera.
Beliau yang menerima rawatan di HUKM sejak 20 Sept lalu meninggal di sisi isterinya Halimah Sulong dan dua orang anak, Ratna Siti Akbari dan Hasanuddin.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta tengah hari ini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul 3 petang.
Empat orang lagi anak Allyarham ialah Rahmah Wati, Hirianty, Ilhamuddin dan Kamaluddin Rostor.
Anak sulung beliau, Rahmah Wati berkata sewaktu Allyarham dirawat di HUKM, bapanya masih sempat berkarya dan telah menyiapkan transkrip tulisan tangan untuk trinologi terakhirnya yang berjudul Bara-Baraya.
"Trinologi itu akan diterbitkan tahun ini yang berkisar mengenai perjuangan Melayu Nusantara," katanya.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menyifatkan Allyarham sebagai sesuatu yang amat bernilai dalam arena sastera.
"Beliau seorang yang produktif dalam menghasilkan karya seni dan mempunyai banyak ilham yang dihasilkan menerusi pengalaman hidupnya," katanya.
Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupatan, Jeneponto, Makasar, Indonesia.
Beliau pernah menggunakan beberapa nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria.
Arena Wati pernah dianugerahkan beberapa anugerah seperti SEA Write Award (1985), dan Anugerah Sasterawan Negara (1988).
Beliau menerima anugerah Sasterawan Negara pada 1988.
Arena Wati juga pernah menceburkan diri dalam dunia kewartawanan sekitar tahun 1954 dan pernah menjadi editor di Pustaka Antara.
Antara karya Allahyarham ialah Eno (1985), Syair Pangeran Syarif (1989), Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina Di Monterado (1989), Burung Badai (1990), Turina (1991), Citra (1991),
Memoir Arena Wati Enda Gulingku (1991), Ombak Samudera (1992), Meniti Kala by Arena Wati (1993), Panrita (1993), Sudara (1994), Mevrouw Toga (1995), Begawan (1996), Jejak Kreatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Koleksi Terpilih Arena Wati (1996), Sukma Angin (1999), Getar-Getir Maya Kumpulan Cerpen (2000), Trilogi Busa (2002).
Armageddon (2004), Kutukan Dari Langit (2004), Langkah Pertama Kumpulan Cerpen Awal, 1954-1959 (2004), 7 Tegak Bersama (2005), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan yang terakhir Cakra Waruga (2006).
Kebanyakkan hasil karya beliau merungkai permasalahan kelompok bawahan dan berkisar mengenai nasib atau pembelaan terhadap golongan tertindas.
-- BERNAMA
Monday, 26 January 2009
Saturday, 24 January 2009
Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ke-41
HARI ini telah masuk hari keempat Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-41 berlansung. Hari pertama pada 21 JANUARI dan akan tamat pada 5 FEBRUARI. Bagi sahabat-sahabat yang mempunyai kelapangan masa dan 'poket tebal' bolehlah pergi dan membeli buku-buku yang dijual.
Saya berkesempatan pergi pada hari ini untuk 'meninjau' buku-buku yang hendak dibeli. Belum beli lagi. Seperti biasa pada setiap tahun, saya akan memperuntukkan bajet untuk membeli buku. Rasanya, tahun ini akan 'lebih' lagi. Perlu diingat, ketika hendak membeli buku, perlu ditulis terlebih dahulu senarai buku yang hendak dibeli sebelum pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ini. Ini kerana, apabila sampai di sana nanti, anda akan pening dan seakan hendak 'pengsan' kerana ini adalah antara Pesta Buku Antarabangsa yang terbesar. Pesta Buku Antarabangsa terbesar terletak di Frankfurt, Jerman.
Jika tahun lalu, Dr. Wahbah al Zuhayli hadir bersama di Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-40. Para pengunjung datang beramai-ramai untuk bertemu dan mendapatkan tandatangan beliau. Pada tahun ini, seperti biasa akan ada ulama-ulama tersohor dunia yang akan datang ke pesta buku antarabangsa ini.
Tuesday, 20 January 2009
Kerana SERBAN...
Jika anda diberi pilihan untuk mempertahankan 'PRINSIP' anda; apakah yang anda akan lakukan? Hakikatnya manusia seringkali tampil untuk menzahirkan keberanian yang picisan. 'Menang sorak kampung tergadai'. Mempertahankan yang Batil menentang yang Haq. Acapkali kita bertemu dengan manusia seperti itu.
Berbeza dengan seorang anak muda ini, Ahmad Nasir Darus yang telah disaman oleh pihak polis atas 'kesalahan' menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar yang ketika itu beliau hanya memakai serban. Beliau lebih rela dipenjara daripada membayar denda atas alasan memegang prinsip demi menegakkan sunnah Rasulullah S.A.W. Persoalannya, adakah memakai serban itu dianggap 'dosa besar' oleh pihak polis? Bagaimana pula dengan orang-orang Sikh yang ber'serban' apabila menunggang motosikal. Tidak pula kedengaran ada orang Sikh disaman atas sebab itu. Alasannya mudah, kerana ingin menghormati kerpercayaan agama mereka. Bagaimana pula dengan sunnah Rasulullah S.A.W ini?
Secara ringkasnya begini, masih ramai lagi orang Islam yang 'jahil' tentang Sunnah Nabi. Apa yang dimaklumi oleh semua hanya 'Bab Nikah Kahwin' semata. Secara jelasnya peruntukan undang-undang yang diguna pakai tidak mengambil cakna apa itu sunnah. Atau boleh dikatakan, memakai serban di kalangan ummat Islam hanya pakaian biasa sahaja berbanding orang-orang Sikh dengan 'serban' mereka yang 'hak cipta'nya terpelihara.
Ini baru SERBAN, belum lagi perkara sunnah yang lain. Imej berkopiah، berjubah dan menyimpan janggut adakalanya dipersoalkan juga oleh sesetengah pihak. Kononnya, tidak PROFESIONAL dan tidak mengikut 'citarasa' terkini. Apakah ukuran profesional hanya diukur melalui 'kaca mata barat'? Tidak cukup profesional kah ISLAM? Fikir-fikirkan bersama...

Friday, 16 January 2009
Thursday, 15 January 2009
ARSENAL juga?
SANA-SINI orang bercerita tentang boikot. Usaha yang amat baik dilakukan oleh setiap individu yang dalam dirinya ada secebis rasa keimanan. Saya sendiri 'berusaha' untuk tidak menggunakan barangan 'muqataah' ini. Dari colgate ke Miswak, susu Nestle ke Milgro, air gas, Coca-cola dan 'saudara-saudara'nya memang dijauhi, minum Tongkat Ali, Kacip Fatimah atau 'ashir sebagai pengganti.
Ada sebuah persoalan yang diajukan kepada saya; Arsenal pula bagaimana? Bukankah mereka juga menyumbang kepada 'kekuatan' Israel dan sekutunya? Orang yang bertanya tahu yang saya 'meminati' salah sebuah kelab bola sepak terbaik di dunia ini. Arsenal sebenarnya pernah digunakan oleh Israel untuk mempromosikan 'Visit Israel'. Ini bermakna Arsenal dibayar untuk itu dan bukan penyumbang profit kepada Israel. Perjanjian tersebut hanya valid untuk tempoh 2 tahun sahaja (2006-2008).
Kalau anda semua perasan (bagi yang meminati bola sepak) setiap perlawanan yang berlansung di Emirates Stadium, tertulis Visit Israel di papan elektronik di tepi stadium. Sekarang sudah tidak ada lagi. Untuk pengetahuan semua, penaja terbesar bagi Arsenal adalah Fly Emirates, dan atas sebab itu stadium utama diberi nama Emirates Stadium dan bukan Ashburton Grove.
Entri kali ini hanya sebuah penjelasan. Merungkai persoalan yang telah diutarakan. Kepada sahabat Gooner sekalian, "Keep The Faith".

Tuesday, 6 January 2009
Si Sayap Kiri
KITA bukan burung yang mampu untuk terbang menggunakan sayap ke mana sahaja. Walaupun begitu, 'everyone can fly'_^^_. Sekadar meminjam ungkapan...
Entri kali ini bermula begini. Ada seorang khatib yang sungguh hebat apabila menyampaikan khutbah. Kita namakan dia sebagai Tok A. Kehebatan beliau amat disenangi oleh masyarakat. Khutbah yang disampaikan dengan begitu mantap menjadikan beliau amat dikenali dan dihormati.
Suatu hari, telah datang seorang pemuda dan seraya bertanya kepada beliau; "Tuan selama ini saya sanjungi dan kagumi, petah apabila menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai, adakah khutbah yang tuan sampaikan dtulis sendiri oleh tuan?" Ya, sudah tentu. Jawab Tok A. Isteri beliau yang ketika itu ada bersama lantas menafikan; saya yang membuat khutbah itu menjadi hebat. Kalau tidak percaya, kita tunggu dan lihat minggu hadapan, saya akan membuat khutbah suami saya tidak lagi hebat seperti sebelumnya.
Seperti biasa, Tok A akan menulis teks khutbah untuk disampaikan kepada para jemaah di masjid. Setiap kali beliau hendak menulis, isteri beliau meminta Tok A melakukan macam-macam pekerjaan. Minta tolong beli susu anak, memotong sayur, membeli gula di kedai dan pelbagai lagi kerja rumah. Masa untuk menulis teks khutbah dihabiskan dengan menolong isteri membuat kerja rumah. Hingga tiba masa untuk berkhutbah, teks khutbah tidak juga siap. Anda sendiri boleh bayangkan apa kesudahan kisah ini...
Kita sambung semula... Noktah untuk kisah tadi. Seorang isteri bagi sang suami sama seperti sayap kiri bagi sang burung. Tanpa sayap kiri, mana mungkin sang burung bebas terbang di angkasa raya. Begitu juga insan yang bergelar suami, sehebat mana pun dia, tetap di sisinya berdiri seorang insan yang bergelar isteri.
Jatuh bangun dalam melayari kehidupan ditemani seorang permaisuri hati. Dia isteri di rumah dan akan tetap isteri di sepanjang perjalanan.
Cukup sampai di sini. Tidak berniat untuk naratifkan kisah 'alam berdua'. Dedikasi untuk sahabat-sahabat ex-SMUIP (Buang Sayang ~ Pantai Manis) 98-'03 yang telah melangkah se'tapak' lagi ke hadapan.

Thursday, 1 January 2009
1430/2009 - Darah Mengalir Lagi
HINGGA saat ini sudah masuk hari kelima Rejim Zionis Israel melakukan pembunuhan jiwa terhadap umat Islam di Ghazzah (Gaza), Palestin. Ketika umat Islam di seluruh dunia memperingati ulangtahun hijrah 1430 dan dunia menyambut ketibaan Tahun Baharu 2009, serangan tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas saudara seakidah kita yang cukup menyayat hati. Ketika manusia di seluruh dunia merayakan sambutan Tahun Baharu 2009 dengan dihiasi letupan bunga api, mereka di sana 'menyambut' tahun baharu dengan bedilan bom dan roket.
Marah.Geram.Sedih. Semua rasa bercampur. Kisah ini bukan baharu. Sudah beberapa episod keganasan telah disaksikan oleh dunia. Hakikatnya, lebih ramai yang membisukan telinga dan membutakan mata daripada yang mendengar dan melihat. Tidak kurang juga yang mengatakan; ini isu orang Palestin semata, bukan isu kita, kenapa perlu "sibuk-sibuk"?. Sungguh menjengkelkan ungkapan semacam itu. Di mana perginya OIC? Tidak cukup lagikah hanya 'Oh I See' sejak dahulu lagi?. ke mana hilangnya negara-negara Arab yang lain? Oh, 'MESIR'... Hanya gah pada Burung Helang di bendera sahaja. Ah! andai saja diri yang lemah ini mampu bersama-sama merasakan keringat dan darah di bumi letaknya kiblat pertama ummat Islam itu. Mungkinkah?
Dalam pada itu, seorang ulamak terkemuka Arab Saudi, Sheikh Awad al-Qarni telah ditangkap akibat dari pernyataan beliau yang menyeru untuk menyerang warga Israel di seluruh dunia sebagai balasan terhadap serangan Israel di Ghazzah. Beliau sendiri telah mengeluarkan fatwa yang menyebutkan bahawa "darah orang Israel halal selama mereka menumpahkan darah saudara kita di Palestin." Ekoran dari kenyataan itu, beliau telah ditangkap. Adakah salah kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau? Fikirkan sendiri...
Beberapa hari sebelum itu, dunia juga dihebohkan dengan insiden balingan kasut terhadap 'orang paling berkuasa di dunia' George W. Bush. MUNTADAR Al-Zeidi, seorang wartawan nekad membaling kasutnya kepada Bush semasa lawatannya ke Iraq. Maruah "si belukar" ini telah tercalar oleh seorang insan yang mewakili ribuan rakyat Iraq yang menderita di negara itu.
Hasilnya, kalau boleh kita nisbahkan, serangan ke atas rakyat Ghazzah adalah suatu pembalasan dari maruah yang tercemar. Kerana Bush seorang, 500 jiwa telah terkorban. Begitu murahkah darah dan nyawa umat Islam? Tidak! Tidak sama sekali. Tanggungjawab kita menghulurkan bantuan seupaya mungkin. Doa kita mengiringi perjuangan para Mujahidin Ghazzah Palestin. Yaa ALLAH, saksikan perjuangan dan pengorbanan mereka...

Subscribe to:
Posts (Atom)