Jika anda diberi pilihan untuk mempertahankan 'PRINSIP' anda; apakah yang anda akan lakukan? Hakikatnya manusia seringkali tampil untuk menzahirkan keberanian yang picisan. 'Menang sorak kampung tergadai'. Mempertahankan yang Batil menentang yang Haq. Acapkali kita bertemu dengan manusia seperti itu.
Berbeza dengan seorang anak muda ini, Ahmad Nasir Darus yang telah disaman oleh pihak polis atas 'kesalahan' menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar yang ketika itu beliau hanya memakai serban. Beliau lebih rela dipenjara daripada membayar denda atas alasan memegang prinsip demi menegakkan sunnah Rasulullah S.A.W. Persoalannya, adakah memakai serban itu dianggap 'dosa besar' oleh pihak polis? Bagaimana pula dengan orang-orang Sikh yang ber'serban' apabila menunggang motosikal. Tidak pula kedengaran ada orang Sikh disaman atas sebab itu. Alasannya mudah, kerana ingin menghormati kerpercayaan agama mereka. Bagaimana pula dengan sunnah Rasulullah S.A.W ini?
Secara ringkasnya begini, masih ramai lagi orang Islam yang 'jahil' tentang Sunnah Nabi. Apa yang dimaklumi oleh semua hanya 'Bab Nikah Kahwin' semata. Secara jelasnya peruntukan undang-undang yang diguna pakai tidak mengambil cakna apa itu sunnah. Atau boleh dikatakan, memakai serban di kalangan ummat Islam hanya pakaian biasa sahaja berbanding orang-orang Sikh dengan 'serban' mereka yang 'hak cipta'nya terpelihara.
Ini baru SERBAN, belum lagi perkara sunnah yang lain. Imej berkopiah، berjubah dan menyimpan janggut adakalanya dipersoalkan juga oleh sesetengah pihak. Kononnya, tidak PROFESIONAL dan tidak mengikut 'citarasa' terkini. Apakah ukuran profesional hanya diukur melalui 'kaca mata barat'? Tidak cukup profesional kah ISLAM? Fikir-fikirkan bersama...
2 comments:
hanya kerana serban..mereka mengenakan saman??ap nak jd dgn umat islam skrg ni...dimana mereka letak keutamaan islam??..
Dalam setiap perkara Islam mengajar kita agar menilai sesuatu dengan baik dan teliti. Oleh itu,kita haruslah bijak menilai. Dalam hal ini serban tidak boleh dinafikan sebagai sunnah rasulullah seiringan dengan itu keselamatan diri harus difikirkan juga. Islam mengajar kita meletakkan sesuatu pada tempat yang berpatutan. Fikir-fikirkanlah. Kita mahu lahirkan generasi yang betul-betul intelek dan bukannya generasi yang mendapat nama dan tempat atas gaya dan retorik serta hanya kerana reti bermadah bahasa dan bermadah puisi di khalayak ramai namun tidak berisi seperti tin kosong.
Post a Comment