KITA bukan burung yang mampu untuk terbang menggunakan sayap ke mana sahaja. Walaupun begitu, 'everyone can fly'_^^_. Sekadar meminjam ungkapan...
Entri kali ini bermula begini. Ada seorang khatib yang sungguh hebat apabila menyampaikan khutbah. Kita namakan dia sebagai Tok A. Kehebatan beliau amat disenangi oleh masyarakat. Khutbah yang disampaikan dengan begitu mantap menjadikan beliau amat dikenali dan dihormati.
Suatu hari, telah datang seorang pemuda dan seraya bertanya kepada beliau; "Tuan selama ini saya sanjungi dan kagumi, petah apabila menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai, adakah khutbah yang tuan sampaikan dtulis sendiri oleh tuan?" Ya, sudah tentu. Jawab Tok A. Isteri beliau yang ketika itu ada bersama lantas menafikan; saya yang membuat khutbah itu menjadi hebat. Kalau tidak percaya, kita tunggu dan lihat minggu hadapan, saya akan membuat khutbah suami saya tidak lagi hebat seperti sebelumnya.
Seperti biasa, Tok A akan menulis teks khutbah untuk disampaikan kepada para jemaah di masjid. Setiap kali beliau hendak menulis, isteri beliau meminta Tok A melakukan macam-macam pekerjaan. Minta tolong beli susu anak, memotong sayur, membeli gula di kedai dan pelbagai lagi kerja rumah. Masa untuk menulis teks khutbah dihabiskan dengan menolong isteri membuat kerja rumah. Hingga tiba masa untuk berkhutbah, teks khutbah tidak juga siap. Anda sendiri boleh bayangkan apa kesudahan kisah ini...
Kita sambung semula... Noktah untuk kisah tadi. Seorang isteri bagi sang suami sama seperti sayap kiri bagi sang burung. Tanpa sayap kiri, mana mungkin sang burung bebas terbang di angkasa raya. Begitu juga insan yang bergelar suami, sehebat mana pun dia, tetap di sisinya berdiri seorang insan yang bergelar isteri.
Jatuh bangun dalam melayari kehidupan ditemani seorang permaisuri hati. Dia isteri di rumah dan akan tetap isteri di sepanjang perjalanan.
Cukup sampai di sini. Tidak berniat untuk naratifkan kisah 'alam berdua'. Dedikasi untuk sahabat-sahabat ex-SMUIP (Buang Sayang ~ Pantai Manis) 98-'03 yang telah melangkah se'tapak' lagi ke hadapan.
1 comment:
Allah menjadikan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi.
:)
Post a Comment