Saturday, 24 January 2009
Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ke-41
HARI ini telah masuk hari keempat Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-41 berlansung. Hari pertama pada 21 JANUARI dan akan tamat pada 5 FEBRUARI. Bagi sahabat-sahabat yang mempunyai kelapangan masa dan 'poket tebal' bolehlah pergi dan membeli buku-buku yang dijual.
Saya berkesempatan pergi pada hari ini untuk 'meninjau' buku-buku yang hendak dibeli. Belum beli lagi. Seperti biasa pada setiap tahun, saya akan memperuntukkan bajet untuk membeli buku. Rasanya, tahun ini akan 'lebih' lagi. Perlu diingat, ketika hendak membeli buku, perlu ditulis terlebih dahulu senarai buku yang hendak dibeli sebelum pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ini. Ini kerana, apabila sampai di sana nanti, anda akan pening dan seakan hendak 'pengsan' kerana ini adalah antara Pesta Buku Antarabangsa yang terbesar. Pesta Buku Antarabangsa terbesar terletak di Frankfurt, Jerman.
Jika tahun lalu, Dr. Wahbah al Zuhayli hadir bersama di Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-40. Para pengunjung datang beramai-ramai untuk bertemu dan mendapatkan tandatangan beliau. Pada tahun ini, seperti biasa akan ada ulama-ulama tersohor dunia yang akan datang ke pesta buku antarabangsa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment