Saturday, 10 October 2009

Niqab Oh Niqab...

Akhbar Utusan Malaysia

Akhbar al Liwaa' al Islami

Akhbar al Dustur

Akhbar El Osboa'

Akhbar Masry al Youm

KECOH tentang al Imam al Akbar al Syeikh Sayyid al Tantawi yang menyentuh larangan memakai niqab (purdah). Pelbagai tanggapan dibuat oleh orang kebanyakan.

Media-media massa dan cetak membuat hebahan yang memungkinkan berlakunya fitnah kepada ulama'. Kita sendiri disarankan supaya jangan terlalu mudah menghukum apabila hanya membaca kenyataan yang digembar-gemburkan oleh media. Bahasa ringkasnya, jangan mudah melatah.

Berlaku salah faham apabila ada media cetak yang melaporkan PENGHARAMAN niqab itu secara mutlak. Sebenarnya, larangan (bukan dengan mengunakan kalimah HARAM) ini hanyalah kepada sekolah atau pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat kaum wanita sahaja. Ini menjelaskan bahawasanya, pemakaian niqab dibenarkan jika terdapat golongan lelaki di dalam premis atau kawasan tersebut.

Syeikhul al Akbar bukanlah menentang pemakaian niqab tetapi ingin menjelaskan kekeliruan yang berlaku di kalangan umat Islam yang kadang-kadang meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempatnya. Apabila di dalam sebuah kawasan itu hanya terdapat kaum wanita, untuk apa memakai niqab? Ini sebenarnya yang ingin disampaikan oleh al Imam al Akbar.

Seharusnya kita perlu lebih meneliti sesuatu perkara sebelum menerimanya bulat-bulat. Ramai di kalangan orang sekarang ini lebih mempercayai apa yang dibaca di dada akhbar berbanding kalam para ulama'.

Moga kita dijauhkan dari fitnah dunia...

2 comments:

Nadhirah said...

kenapa bendatu "tidak dibenarkan memakai purdah di tempat yg tiada lelaki" tidak dituLis oLeh akhbar di MaLaysia? saLah tafsiran atau.. ??

Penduga Arus said...

(~{[-Da Lovers-]}~) kdg2 akhbar di Malaysia megeluarkan kenyataan yang tidak amanah. cthnya prkataan “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” yg kononnya diucapkan oleh Syeikul Akbar sebenarnya tidak ada lansung dlm ucapan beliau.. ini adalah fitnah kepada Syeikhul Azhar.