Thursday, 1 January 2009

1430/2009 - Darah Mengalir Lagi

HINGGA saat ini sudah masuk hari kelima Rejim Zionis Israel melakukan pembunuhan jiwa terhadap umat Islam di Ghazzah (Gaza), Palestin. Ketika umat Islam di seluruh dunia memperingati ulangtahun hijrah 1430 dan dunia menyambut ketibaan Tahun Baharu 2009, serangan tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas saudara seakidah kita yang cukup menyayat hati. Ketika manusia di seluruh dunia merayakan sambutan Tahun Baharu 2009 dengan dihiasi letupan bunga api, mereka di sana 'menyambut' tahun baharu dengan bedilan bom dan roket.

Marah.Geram.Sedih. Semua rasa bercampur. Kisah ini bukan baharu. Sudah beberapa episod keganasan telah disaksikan oleh dunia. Hakikatnya, lebih ramai yang membisukan telinga dan membutakan mata daripada yang mendengar dan melihat. Tidak kurang juga yang mengatakan; ini isu orang Palestin semata, bukan isu kita, kenapa perlu "sibuk-sibuk"?. Sungguh menjengkelkan ungkapan semacam itu. Di mana perginya OIC? Tidak cukup lagikah hanya 'Oh I See' sejak dahulu lagi?. ke mana hilangnya negara-negara Arab yang lain? Oh, 'MESIR'... Hanya gah pada Burung Helang di bendera sahaja. Ah! andai saja diri yang lemah ini mampu bersama-sama merasakan keringat dan darah di bumi letaknya kiblat pertama ummat Islam itu. Mungkinkah?



Dalam pada itu, seorang ulamak terkemuka Arab Saudi, Sheikh Awad al-Qarni telah ditangkap akibat dari pernyataan beliau yang menyeru untuk menyerang warga Israel di seluruh dunia sebagai balasan terhadap serangan Israel di Ghazzah. Beliau sendiri telah mengeluarkan fatwa yang menyebutkan bahawa "darah orang Israel halal selama mereka menumpahkan darah saudara kita di Palestin." Ekoran dari kenyataan itu, beliau telah ditangkap. Adakah salah kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau? Fikirkan sendiri...

Beberapa hari sebelum itu, dunia juga dihebohkan dengan insiden balingan kasut terhadap 'orang paling berkuasa di dunia' George W. Bush. MUNTADAR Al-Zeidi, seorang wartawan nekad membaling kasutnya kepada Bush semasa lawatannya ke Iraq. Maruah "si belukar" ini telah tercalar oleh seorang insan yang mewakili ribuan rakyat Iraq yang menderita di negara itu.



Hasilnya, kalau boleh kita nisbahkan, serangan ke atas rakyat Ghazzah adalah suatu pembalasan dari maruah yang tercemar. Kerana Bush seorang, 500 jiwa telah terkorban. Begitu murahkah darah dan nyawa umat Islam? Tidak! Tidak sama sekali. Tanggungjawab kita menghulurkan bantuan seupaya mungkin. Doa kita mengiringi perjuangan para Mujahidin Ghazzah Palestin. Yaa ALLAH, saksikan perjuangan dan pengorbanan mereka...

2 comments:

Pensil said...

Hanya kutukan dan makian yang bisa kita lontarkan kepada ZIONIS serta pendukungnya. Pemimpin negara-negara timur tengah tidak memiliki keberanian untuk bertindak, hanya kecaman.

Saya juga menulis artikel tentang PALESTINA di Zona Militer Tertutup

DAMAI said...

salam ziarah...

ketahuilah sesungguhnya,ummat Islam telah dipenuhi dengan al-wahn...nauzubillah..

teruskan doamu...insyaAllah pertolongan Allah itu akan datang...

Allahu Akbar!