Sunday 29 May 2011

Buku : Travelog Hidayah - Aku, Isabella dan Tok Kenali


SAYA baru selesai membaca buku ini. Alhamdulillah, cukup mengesankan kerana catatan di dalamnya lahir dari relung hati seorang anak seni yang disapa lembayung kasih Ilahi.

Penulis : Bob Lokman dan Riduan Mohamad Nor

Penerbit : Jundi Resources

Harga : SM RM16 / SS RM18

Buku ini diluncurkan bagi merakamkan kisah hidup seorang insan seni yang telah berhijrah dan terlibat di medan dakwah sepenuh masa iaitu saudara Bob Lokman (Abdul Hakim Lokman). Penerbit merasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menerbitkan sebuah rakaman perjalanan hidup seorang insan yang penuh dengan warna-warni. Bob yang dikenali sebagai penulis lirik, insan seni dilahirkan di Kelantan dalam suasana asuan keagamaan yang pekat dan likat. Dia tercampak ke Kuala Lumpur di sebuah asrama punggan setinggan seterusnya menjadi remaja di sebuah asrama agama Hamidiah Kajang dan Bob terselit di tengah fenomena Rock pada tekad 1980an, menjadi pencipta lirik, akhirnya ditengah keriuhan anak seniman terus membina nama di persada seni tanah air.

Bob akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian, dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam duina seni dengan seribu sihir yang memukau. Bob telah merasai dunia ketawa dan tiba masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain untuk sama-sama merengkuh kasih sayang Tuhan, pencipta dengan sifat ar Rahman dan ar Rahim." aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama, dookan aku teman" ujar Bob dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. Travelog hidayah ini adalah sebahagian fragmen kehidupan Bob yang dilaluinya dengan pelangi yang berwarna warni.

1 comment:

Wardatul Asfar said...

Wah,buku yang menarik untuk dibaca..mau baca juga~ (^_^)