Thursday 14 May 2009

Pengenalan Kepada Hukum HUDUD

Hudud merupakan seberat-berat bahagian dari hukuman (iqob) dalam syara’, kerana ianya (hudud) menuntut untuk meninggalkan sebesar-besar bahagian kejahatan dan jenayah serta permusuhan dari apa yang disebut sebagai pelanggaran ke atas undang-undang Islam yang asas yang disebut sebagai perkara yang sangat perlu (dhoruri) bagi mengekalkan bahagian dari kemanusiaan, dan ia bergantung kepada kepentingan yang besar (Masolih al-Kubra) dalam kehidupan iaitu : AGAMA, JIWA, AKAL, KETURUNAN DAN HARTA. Dengan hukuman hudud inilah yang akan memelihara, menjaga dan mengekalkan (Masolih al-Kubra).

Pengertian (takrif) Hudud :

Hudud : jama’ dari kalimah had, dan dari segi bahasa : mencegah atau melarang.

Para fuqaha’ telah memberi pengertian (had) : hukuman yang ditentukan oleh syara’ dengan ketetapan Allah SWT,dan hukuman yang ditentukan oleh syara’ mengikut ketetapan Allah SWT ini ada enam iaitu : had bagi perzinaan, had tuduhan (qazaf), had pencurian, had meminum minuman yang memabukkan, had peperangan dan had murtad.

Sifat-sifat yang berkaitan dengan Hukum Hudud :

1) Hukum hudud ditentukan dari syara’, maka tidak menerima apa-apa penambahan ke atasnya, dan tidak juga berlaku pengurangan, berbeza dengan ta’zir, iaitu hukuman yang ditentukan oleh pemerintah.

2) Hukum hudud merupakan hak Allah SWT, berbeza dengan hukuman qisas.

3) Hukum hudud tidak menerima kemaafan, kerana kemaafan itu terletak daripada empunya hak (Allah SWT), dan had adalah hak Allah SWT, maka tidak ada kemaafan di dunia.

4) Hukum hudud tidak menerima syafaat, sepertimana kisah Simar dalam hadith Usamah Radhiallahu ‘anhu.

5) Hukum hudud tidak menerima pembatalan, maka apabila telah jatuh hukuman (thabit), tidak ada hak ke atas pemerintah, hakim atau wakil kerajaan untuk membatalkannya.

6) Hukum hudud sebagai denda bagi empunya dosa yang dilakukannya, maka tidak akan dihukum ke atasnya kali yang seterusnya, seperti dalam hadith al-Juhaniyyah.

7) Hukum hudud menyembunyikan perkara-perkara yang syubhat (keraguan), kerana hukum hudud merupakan hukuman yang sempurna, maka semestinya sesuai dengan kejahatan yang sempurna, jika didapati keraguan akan gugur hukuman had dan berpindah kepada hukuman ta’zir.


#Penulis menggunakan ayat sendiri dari kitab Mu'tamad Fi Feqh al-Syafi'e Jilid Kelima karangan Ustaz Muhammad al-Zuhaily, Dekan Kulliyyah Syariah dan Pengajian Islam, Universiti al-Syariqah, Syria.


Tambahan:

Saya berkata kepada seorang sahabat; Engkau yakin dengan undang-undang Allah (hudud)?

Dia menjawab; Yakin bah!(bahasa Sabah) tapi bagaimana hendak melaksanakannya?

3 comments:

Anonymous said...

Masalahnya sekarang x ada siapa dah nak perjuangkan hukum hudud..nak harap PAS pun dah x boleh..dah tak ada dalam ajenda mereka...sila buka
http://waadat.blogspot.com/
tengok video clip tu!

Penduga Arus said...

(Anonymous) Hukum hudud bukan undang-undang PAS, HUDUD adalah undang-undang Allah... Fikir2kan

Anonymous said...

http://penakiri.blogspot.com/2009/05/gerakan-pecahkan-kerjasama-pas-dap.html

-anonymous bertaqwa-