Tuesday, 30 June 2009
Jacko, Neda dan Debat
UMUM telah mengetahui mengenai kematian Michael Jackson si 'Raja Pop'. Pemergiannya ditangisi oleh seluruh dunia. Begitu suasana yang digembar-gemburkan oleh media cetak dan media massa.
Saya bukanlah peminat Michael Jackson. Saya sendiri tidak terkejut dengan kematian Jacko. Semua insan pasti akan merasai mati. Itu sudah pasti. Apa yang menarik ialah mengenai status agama yang dianuti oleh MJ. Ada yang mengatakan dia adalah seorang yang beragama Islam. Tidak kurang juga yang menafikan keislaman beliau.
Walaubagaimanapun, itu tidak menjadi masalah. Kita boleh menyedekahkan al-Fatihah kepadanya... al-Fatihah!
Neda Salehi Agha-Soltan
Masih tidak habis-habis lagi isu pilihan raya presiden di Republik Islam Iran, walaupun pemenangnya telah pun diketahui.
Akibatnya, seorang wanita, graduan dari Azad Islamic University, Neda Salehi Agha-Soltan telah mati ditembak dalam sebuah protes pilihan raya presiden 20 jun lalu. Pelbagai spekulasi timbul berkenaan siapa pembunuh sebenar yang bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.
Presiden Iran yang telah memenangi pilihanraya presiden, Ahmadinejad berkata, kematian Neda mempunyai 'keraguan'. Semacam ada propaganda yang telah disusun oleh pihak musuh bagi memburukkan imej Republik Islam Iran di kaca mata dunia.
Bagi saya, Amerika dan sekutunya memang tidak pernah 'redha' dengan kemenangan Mahmoud Ahmedinejad sebagai presiden Iran yang dikenali memang tidak boleh dijadikan 'boneka' mereka.
DEBAT
Di negara Malaysia yang kita cintai, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengajak Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak untuk berdebat.
Tidak perlu saya nyatakan tajuk debat. Dengarnya, PM awal-awal lagi menolak pelawaan Tuan Guru. Ramai juga yang pesimis dan skeptik jika debat ini benar-benar berlaku.
Selepas ini, mungkin ada yang mengatakan saya akan 'melompat'...
Monday, 29 June 2009
Dari Ruwaq al Magharibah
SEMALAM seperti biasa saya bertalaqqi di Masjid Al-Azhar. Hari Ahad di Ruwaq al Magharibah.
Syeikh Ahmad al Hajin yang mengajar kitab Haasyiah al Baijuri dan Syarah Ihya' Ulumuddin telah menyentuh mengenai perihal dan kelakuan SYAITAN.
Menurut beliau, syaitan kerjanya sentiasa mempermain-mainkan manusia. Perumpamaannya seperti anak-anak kecil yang bermain dengan bola yang boleh ditendang ke sana sini sesuka hati.
Kita kadang-kadang berasa hairan bagaimana orang-orang Islam tidak pernah terlepas dari godaan syaitan. Rasa was-was, riak dan perasaan mara serta semua sifat negatif seringkali terbit dalam diri. Itu semua kerja syaitan laknatullah.
Beliau mengatakan, syaitan menjadikan orang-orang beriman sebagai sasaran mereka untuk mengajak kepada perbuatan yang mengundang murka Allah SWT. Bagaimana pula dengan golongan kuffar? Adakah mereka juga termasuk golongan sasaran?
Al Fadhil Syeikh menyebut, mereka yang tidak beriman kepada Allah secara 'automatik' telah menjadi 'syaitan'. Syaitan telah bersahabat dengan mereka. Oleh kerana itu, golongan syaitan tidak perlu 'risau' dengan puak-puak ini.
Saya berfikir begini; jangan pula kita yang jadi 'syaitan jadian' menghalang manusia dari melakukan amal kebaikan di atas muka bumi ini...
Friday, 26 June 2009
DS Musa Haji Aman : Peranan Ulama Penting Sumbang Kestabilan Politik
KOTA KINABALU : Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata sememangnya tidak dinafikan peranan ulama amat penting untuk menyumbang ke arah kestabilan politik dalam sebuah negara Islam.
Katanya, sejarah telah membuktikan betapa kerajaan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW mampu mengecapi kejayaan yang gemilang dalam pentadbiran negara dan pada masa yang sama Rasulullah SAW melaksanakan tugasnya sebagai utusan Allah dalam menyampaikan syariat Allah di muka bumi ini.
“Natijahnya, Rasulullah SAW telah berjaya menjadikan generasi yang dipimpin dan ditarbiyah itu sebagai umat yang memiliki kekuatan jiwa dan pegangannya kepada syariat Islam dan sanggup pula mengorbankan jiwa dan raga demi mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena jamuan makan malam bersama Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-87 yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.
Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri.
Oleh sebab itu, katanya, para ulama khususnya yang telah diberikan tanggungjawab oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri haruslah berani dalam menyatakan kebenaran dan pandangan yang berlandaskan Hukum Syarak.
Ini kerana katanya, mereka ini (ulama) adalah mutiara yang berkilauan yang Allah SWT taburkan di atas muka bumi ini untuk mengajak manusia termasuk pemerintah sendiri kepada kebenaran dan meninggalkan kemaksiatan.
Musa berkata, kesinambungan warisan anbia ini perlu diterjemahkan dengan sebaiknya oleh para ulama dalam memastikan setiap permasalahan ummah dapat diatasi dan dijelaskan dengan sebaiknya, berlandaskan hujah atau dalil daripada sumber-sumber Syarak iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Beliau katanya, yakin dan optimis dengan kepakaran dan keilmuan yang ada dalam kalangan para Ashabus Samaha dan Ashabul Fadhilah mampu menangani setiap permasalahan dan kemusykilan yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia khususnya di negeri ini.
“Sumbangan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam ini dalam isu-isu semasa amat bernilai dan berguna sebagai panduan dan nasihat supaya kehidupan seharian masyarakat Islam di negeri ini tidak terjerumus ke arah kesesatan.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukur Husin; Mufti Negeri Sabah, Datuk Ahmad Alawi Adnan; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Sumber : New Sabah Times
Tambahan : Penulis telah memperbetulkan sedikit kesilapan perkataan yang digunakan di dalam artikel berita di atas.
Thursday, 25 June 2009
Mesir dalam 'Nur Kasih'
CUACA PANAS di Kaherah Mesir sudah melepasi 40 darjas celcius. Secara puratanya, semua mahasiswa Universiti Al-Azhar telah selesai menamatkan peperiksaan masing-masing. Pada waktu ini juga, ramai di kalangan kita yang mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air.
Si fulan ini bertanya kepada saya; tahun ni kamu balik ka? Saya memberi respon begini; Masih 'awal' lagi untuk menyatakan kepastian, ada rezeki, insyaAllah saya akan kembali juga...
Kebetulan saya melihat sebuah cerita bersiri yang berjudul 'Nur Kasih'. Dan ini juga sebuah kebetulan, Aidil, salah seorang watak utama di dalam cerita tersebut digambarkan sebagai seorang mahasiswa yang mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar Mesir.
Jika sebelum ini, saya telah banyak menyaksikan pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang menuntut ilmu di bumi Mesir. Tidak kira apa jenis pengorbanan sekalipun. Kali ini pun serupa, orang yang belajar di Mesir juga yang disifatkan berkorban dalam cerita ini.
Sepemerhatian saya, semacam terlalu kuat vice versa di antara insan-insan di Mesir berbanding mereka yang lain...
Penduga Arus : Watak Nur Aminah yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah bersifat 'konstruktif'.

Wednesday, 24 June 2009
'Colonic Gasous Distension'
MESTI ada yang pelik dengan tajuk entri ini dalam bahasa Inggeris. Paling tepatnya dalam istilah perubatan iaitu 'Colonic Gasous Distension' atau dalam bahasa kampungnya 'usus bergas'. Saya bukan 'ahli' dalam bidang perubatan. Jika mahu megetahui maklumat yang lebih tepat, sila rujuk kepada mereka yang lebih tahu.
Semalam, seorang sahabat (serumah) disahkan mengalami penyakit ini setelah membuat pemeriksaan di sebuah hospital tempatan. Mengikut 'temu ramah' tidak rasmi saya dengan seorang sahabat yang mengambil bidang perubatan, faktor utama yang menyebabkan penyakit ini ialah akibat tabiat pemakanan yang tidak teratur. 'Main bedal', kata seorang teman.
Jika diperhatikan, kebanyakan daripada kita kurang mengambil berat tentang pengambilan makanan. Yang penting 'kenyang'. Tidak peduli sama ada makanan yang di makan berkhasiat atau tidak. Bagaimana perut tidak 'senak' kalau begini...
Hakikatnya, bukan sahaja perut yang 'kurang sihat' sekarang ini, ramai juga yang 'sakit hati' disebabkan mengalami masalah hati dan perasaan. Lagi parah...
Tambahan : Hari ini (seawal pagi) Piala SAFA BKPSM '09.

Saturday, 20 June 2009
Yang Utama : Isi atau Kulit
SERINGKALI apabila terpandang pada keindahan, kita mudah terpesona. Melihat kulit buah yang merah ranum, pasti itu manis rasanya. Wajah yang cantik jelita, mesti akan perfect semuanya. Persepsi yang biasa.
Saya lebih pentingkan isi berbanding kulit; kata seorang teman. Wah! terlalu yakin saya kira. Agaknya, jika dia terjumpa beberapa ulas buah durian tanpa kulit di tepi jalan, bagaimana?
Ini pula kalam seorang perempuan; saya kan ustaz, nda pakai tudung pun, hati saya baik. saya nda pernah kacau orang. Lagipun nda semestinya orang yang pakai tudung tu, confirm masuk syurga (dalam loghat Sabah). Dia pun yakin juga. Saya cuba tanya dia kembali, jika kamu kata orang yang tidak bertudung pun tidak ada 'jaminan' untuk ke syurga Allah, bagaimana pula dengan orang yang tidak bertudung... (tanpa jawapan)
Aduh... tiba-tiba saya rasa 'sakit'...

Friday, 19 June 2009
Penglipur Lara
CUACA panas. membakar. usai solat asar. Masjid Azhar. berjalan pulang. dalam bas. disapa seorang pemuda Indonesia; Enta Masriyy? Malizi. sedikit kaget. kelihatan berbeza?. tidak. tetap pure. Melayu. mungkin. ada sebab.
Hampir setahun. blog masih bernyawa. kekadang sepi. fikiran. di atas normal. ripuh. banyak kerja. koreksi diri. muhasabah kekurangan. ingat ALLAH. masa susah. senang. telinga berdesing. kurang selesa. minum WindMill. segar kembali.
Bulan Jun. setengah tahun. ada rindu. dipendam. ralit. sabar. itu dan ini. cakap kosong. hindari. tribulasi. jangan lemah. kau diuji!

"Demi sesunggunya Kami tetap menguji kamu sampai jelas kepada Kami tentang adanya orang-orang yang BERJUANG di kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami)" - Surah Muhammad : 31
Wednesday, 17 June 2009
Pijat
MENGIKUT Kamus Dewan Edisi Empat, pijat-pijat merupakan sejenis kutu yang busuk baunya. Kalian pun sudah tentu mengenali pijat-pijat, bukan?. Ada sebuah peribahasa yang mengatakan,"kerana pijat-pijat mati tuma". Masyhur juga rupanya pijat-pijat ini...
Mengapa tiba-tiba saya berbicara tentang pijat? Sudah tidak ada topik lain kah?
Lazimnya, sahabat-sahabat di Mesir begitu 'anti' dengan pijat-pijat. Apa tidaknya, tidur yang lena seringkali diganggu oleh 'si kecil' ini. Kita yang berada dalam suasana yang kondusif akan jadi tidak keruan dek kerana 'kemesraan' sang pepijat. Saya pernah mengutip sebuah hadith berkenaan pijat (betulkan saya kalau salah) yang menceritakan bahawasanya Rasulullah S.A.W melarang kita mencaci pepijat. Dalam bahasa arab disebut 'burgus'. Ini kerana sang pepijat juga ada jasanya iaitu mengejutkan Baginda dari tidur menjelang waktu fajar.
Kita pula bagaimana, berapa banyak sudah pijat-pijat yang kita telah bunuh? Jangan khuatir, harus hukumnya membunuh pepijat jika kita diganggu. Tetapi jangan pula kita mencela dan sengaja mencari pijat-pijat dengan tujuan untuk membunuhnya.
Selesai tentang pijat-pijat dari spesies serangga.
Dalam kesibukan saya mengatur 'jadual' musim panas ini, tidak semena-mena saya 'dikunjungi' oleh 'pijat-pijat' daripada kalangan manusia (maaf, bahasa agak kasar). Mereka cuba untuk 'bermesra' melalui bahasa-bahasa 'provokatif'. Agak mendukacitakan kerana mereka tidak 'datang' kepada saya untuk 'ta'aruf' terlebih dahulu. Sikap seperti ini (maaf saya katakan) sama seperti anai-anai yang membuat kerosakan walaupun pada dasarnya anai-anai tersebut ingin membina 'kediaman'.
Wah! ada dua serangga, pijat-pijat dan anai-anai...
Ada sahabat yang mengesyorkan kepada saya untuk 'menghunus pedang' kepada 'pijat-pijat' ini. Tidak kurang juga yang memberi pandangan agar saya tidak mengendahkan 'kunjungan' seperti ini. Kita diajar untuk saling mengasihi sesama manusia. Jangan cari musuh! Saya tidak minta untuk dihormati. Cukuplah dengan belajar menekuni bagaimana menghormati diri anda terlebih dahulu.
Saya masih boleh bersabar. Hakikatnya; kita tidak akan mampu untuk membahagiakan semua orang. Apa pula kata kalian?
Tambahan : Saya sudah cukup 'kenal' dengan pijat-pijat di Mesir.

Tuesday, 16 June 2009
Novel : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
NOVEL ini saya pernah baca sekitar sembilan tahun lampau. Ketika itu saya masih 'kecil'. Bapa yang memperkenalkan novel karya Allahyarham Buya Hamka ini kepada saya.
Ada dua watak yang saya masih ingat. Lelaki, Zainuddin. Perempuan, Hayati. Ketika Allahyarham Buya Hamka ditanya kenapa dia menulis genre cerita seumpama ini; beliau menjawab, 'ketika itu saya masih berdarah muda, jiwa bergelora'.
Saya sendiri masih berfikir, bila agaknya saya mampu menghasilkan karya 'hebat' seperti ini...
Monday, 15 June 2009
Belajar Dari Laskar Pelangi
MUNGKIN ini filem 'motivasi' terbaik yang saya saksikan tahun ini. Filem yang diangkat dari novel 'Laskar Pelangi' karya Andrea Hirata ini memaparkan nilai yang amat 'berharga'. Mungkin masih ramai teman-teman di Mesir yang belum menonton filem ini.
Jika sebelum ini 'kecoh' dengan 'Ayat-Ayat Cinta', saya mengesyorkan untuk kita perhatikan pula yang 'ini'. Secara dasarnya, tidak ramai yang minat membaca sesebuah novel malah lebih cenderung untuk terus menonton filem. Tidak mengapa.
Apa yang penting, filem yang berdurasi sekitar dua jam ini memberi sentuhan 'emas' buat semua golongan
tidak kira yang berada di peringkat bawah, menengah atau atasan dalam memupuk kembali semangat yang mungkin semakin sirna di dalam diri.
Secara peribadi, saya terimbau kembali kenangan di waktu zaman persekolahan (sekolah rendah) yang memerlukan semangat juang yang tinggi walaupun ketika itu hanya bergelar seorang 'budak picisan'. Bayangkan saja, saya perlu bersekolah 'dua kali' dalam sehari dengan berbasikal ke sekolah. Sesungguhya, saya belajar merintangi semua 'kesusahan' yang melanda.
Seikhlasnya, saya tidak pernah menuntut di pondok-pondok tok guru untuk menuntut ilmu. Saya disekolahkan di sekolah yang berorientasikan pendidikan agama secara formal. Walaupun demikian, kesusahan dan pengorbanan yang dialami oleh pelajar SD (sekolah rendah agama di Indonesia) yang dipaparkan dalam cerita 'Laskar Pelangi' saya dapat rasakan. Saya turut belajar 'menghadam' erti kepayahan menuntut imu selama ini.
Kita boleh lihat watak Lintang yang menjadi salah seorang tunjang dalam filem ini. Bagaimana kesungguhan dan kecekalan Lintang untuk terus bersekolah walaupun ayahnya hanya seorang nelayan miskin. Kesusahan yang dialami tidak menjadi penghalang untuk mengejar cita-cita yang diimpikan.
Semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan dalam 'Laskar Pelangi' memberi kesedaran kepada kita bahawa sebuah kegagalan hanyalah sebagai sebuah permulaan. Bukan bermakna apabila kita gagal, kita akan gagal buat selamanya. Kita juga berhak untuk memperolehi kejayaan. Yang muhim usaha.
Mungkin ini nasihat buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang masih 'berselimut'. Muhasabah kembali diri sendiri. Masih belum terlewat untuk kita bangun dari tidur yang lena!
Tahniah Ahmadinejad
Tahniah kepada Mahmoud Ahamdinejad yang telah memenangi pilihanraya presiden 'baharu' bagi Republik Islam Iran sekaligus mengekalkan jawatan Presiden yang dipegang sebelum ini.
Sungguh, akan bertambah 'banyak' senjata nuklear di tanah Parsi ini. Nampaknya, Amerika Syarikat dan sekutunya semakin tidak senang duduk.
Sunday, 14 June 2009
Berita Kewafatan Syeikh Fathi Yakan : Al Fatihah
Beirut - Tokoh pergerakan Islam yang buku-bukunya banyak jadi referensi aktivis pergerakan Islam Indonesia maupun dunia, Syaikh Fathi Yakan tutup usia. Pemimpin Front Amal Islam di Lebanon ini sempat dibawa ke rumah sakit karena kondisi kesehatannya yang memprihatinkan.Pengumuman kematian Fathi Yakan disampaikan pada Sabtu (13/6/2009) siang waktu setempat.
Namun Front Amal Islam sempat membantah berita tentang kematian ulama yang menentang agresi Israel ke Lebanon pada 2006 lalu. Demikian tulisan yang dikutip dari almanar.com, Minggu (14/6/2009).Selain dikenal sebagai aktivis yang memiliki hubungan dekat dengan Ikhwanul Muslimin Mesir, pemegang gelar doktor ini juga terlibat aktif dalam beberapa misi perdamaian.
Diantaranya adalah pada 1998-1999 dia bertindak sebagai mediator dalam proses perdamaian antara Syiria dengan Turki.Syaikh Fathi Yakan lahir di Tripoli pada 9 Februari 1933 dan di tempat kelahirannya pula jasadnya dimakamkan. Pria yang sudah mengarang lebih dari 35 buku yang diterbitkan ke berbagai bahasa tersebut meninggalkan empat orang putri dan satu orang putra.
Salah satu buku Syaikh Fathi Yakan yang cukup fenomenal adalah Aids Haraky. Buku yang terbit pada tahun 1990-an ini banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara politik daripada Islam itu sendiri.
Sumber : detikNews
Penduga Arus : Semoga Allah merahmati beliau dan memberi kekuatan dan ketabahan kepada ahli keluarga beliau.
Saturday, 13 June 2009
Dari Mimbar Masjid Raba'ah Adawiyah
SEMALAM, penulis solat Jumaat di Masjid Raba'ah Adawiyah, Madinah Nasr, Kaherah. Khatib yang bertugas menyampaikan khutbah telah menyentuh mengenai 'JIRAN'. Penulis ingin berkongsi mengenai beberapa persoalan yang dilontarkan (Boleh jawab sendiri) :
Berapa ramai yang menegur jirannya dengan 'kalimah toyyibah' (teguran yang berhemah) apabila jirannya melakukan kesilapan?
Berapa ramai manusia yang 'meludah' di hadapan jirannya sendiri?
Berapa ramai daripada kita yang menghormati jirannya?
Berapa ramai insan yang menjaga hak sesama jiran sama ada jiran yang muslim atau non muslim?
Berapa ramai yang sentiasa medoakan kesejahteraan jiran tetangganya?
Ikram (memuliakan) jiran merupakan alamat (tanda) kesempurnaan iman seseorang muslim. 'Kenal' kah kita dengan dengan jiran kita selama ini?
Thursday, 11 June 2009
Muslimah Berani Keluar Dari 'Kepompong' Keselesaan?
Dia seorang ibu yang berupaya menggoncangkan dunia.
Dia si sayap kiri.
Dia srikandi harakah di medan perjuangan.
Siapa dia? Seorang perempuan. Bukan perempuan 'tepi-tepi' jalan. Tapi perempuan yang bergelar muslimah. Ya! Perempuan yang ada 'agama'nya. Lazimnya golongan perempuan@muslimah dilihat lebih selesa mengatakan 'ya' atau 'tidak'. Kurang gemar dengan kisah-kisah yang cenderung kepada analisa dan memerlukan pemikiran.
Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih meminati elemen-elemen romantika yang penuh dengan kasih sayang, air mata kesedihan dan yang bersalut kedukaan. Tidak hairan jika mereka kurang mampu untuk menganalisa sesuatu, membuat perancangan serta membuat strategi dalam organisasi.
Para muslimah di luar sana. Nanti dulu!
Saya tidak mengatakan semua muslimah seumpama ini tetapi fitrahnya memang begini. Lelaki yang diciptakan menjadi pelengkap kepada status 'selesa' yang ada pada diri setiap muslimah. Namun, seorang muslimah mampu bergerak lebih ke hadapan, dipenuhi iltizam yang tinggi andai berani keluar dari 'kepompong' keselesaan tanpa membelakangi batas-batas agama.
'Metamorfosis' harus dimulakan segera!
Jika sekadar tahu 'angguk' dan 'geleng', kita sudah banyak 'stok' muslimah seperti itu. Kita mengharapkan muslimah yang mampu memberikan idea yang bernas serta lantang bersuara dalam mengemukakan pandangan. Hari ini muslimah memang telah 'menang' dari sudut kuantiti. Bagaimana pula dengan kualitinya?
Thursday, 4 June 2009
Prison Break, Obama dan Harapan
SEBENARNYA, sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan cerita 'Prison Break' dek kerana 'ketiadaan' masa yang terluang. Saya cuma sempat 'khatam' sehingga season 2. Sedar tidak sedar, cerita bersiri ini telah pun berakhir dengan sebuat penamat yang 'mengharukan'. Kenapa saya seperti beria-ia untuk bercerita mengenai 'Prison Break' ini?
Satu kalimah saya rasa memadai. PENGORBANAN. Nilai ini yang banyak dipaparkan dalam cerita tersebut. Walaupun ada beberapa kisah 'pengorbanan songsang' yang berlaku, tetapi nilai estetika dalam kehidupan manusia dari pelbagai latar belakang kehidupan yang sanggup berkorban demi 'hadaf' masing-masing wajar diperhati.
Bagaimana pula dengan kita, apa bentuk pengorbanan yang telah kita lakukan?
Obama dan Harapan
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Hussein Obama telah menyampaikan kalam sulungnya di Universiti Kaherah, Mesir sebentar tadi. Saya sendiri 'seawal pagi' menunggu di hadapan TV untuk melihat siaran langsung ucapannya yang telah disiarkan di beberapa buah stesyen TV tempatan.
Bagi saya, tiada apa yang baharu dan 'mengejutkan'. Ada sedikit 'harapan' bila Obama mengatakan inilah masanya hubungan di antara negara Islam dan Barat dipulihkan semula. 'Permulaan baharu' di antara Amerika Syarikat dan umat Islam menjadi titik tolak bagi menangani keganasan di seluruh dunia serta mencari penyelesaian di Asia Barat.
Jangan terlalu yakin dan berharap dengan kenyataan yang dilemparkan. Ini mungkin juga sebagai sebuah 'strategi' halus yang telah dirancang untuk 'menenggelamkan' kebangkitan umat Islam di seluruh dunia. Berhati-hati!
Sebuah persoalan, apakah yang akan dilakukan oleh Obama terhadap negara Israel yang terang-terang menjadi 'pengganas dunia'. Anda boleh tolong jawabkan?
Makluman Umum
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
BismillahirRahmanirRahim
Saya AMIRUDDIN MOHD ROSDI, memaklumkan kepada para pengunjung 'ELMANDARI', bawahasanya blog ini adalah pandangan dan cetusan idea peribadi penulis sendiri. Sebarang tulisan atau perkongsian maklumat yang terdapat di dalam blog ini bukan mauqif mutlak penulis sebagai Yang Di-Pertua, Badan Kebajikan Penuntut Sabah, Mesir, 08/09.
Salam perjuangan
Sekian, Terima Kasih,
Wallahu Ta'ala A'alam.

Tuesday, 2 June 2009
Barrack Obama di Mesir
CUACA panas di bumi Mesir akan bertambah 'panas' dengan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Obama dijadualkan akan berucap di Universiti Kaherah, Mesir pada 4 Jun ini.
Ini adalah kunjungan beliau yang pertama kali ke bumi Mesir. Begitu 'istimewa' kah negara Mesir sehingga Obama 'tega' datang ke sini. Umat Islam di seluruh pelusuk dunia menantikan ucapan sulung beliau di Mesir sebagai Presiden Amerika Syarikat yang telah menggantikan George W. Bush.
Pelbagai teka-teki dan persoalan bermain di minda, namun adakah Obama bakal memberi kejutan kepada dunia Islam sejagat pada hari Khamis ini? Kita tunggu dan lihat sendiri.
Penduga Arus : Anda mahu pergi ke Universiti Kaherah? Silakan saja. Pesanan saya, lebih baik duduk diam-diam di rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)