Tuesday, 30 June 2009

Jacko, Neda dan Debat


UMUM telah mengetahui mengenai kematian Michael Jackson si 'Raja Pop'. Pemergiannya ditangisi oleh seluruh dunia. Begitu suasana yang digembar-gemburkan oleh media cetak dan media massa.

Saya bukanlah peminat Michael Jackson. Saya sendiri tidak terkejut dengan kematian Jacko. Semua insan pasti akan merasai mati. Itu sudah pasti. Apa yang menarik ialah mengenai status agama yang dianuti oleh MJ. Ada yang mengatakan dia adalah seorang yang beragama Islam. Tidak kurang juga yang menafikan keislaman beliau.

Walaubagaimanapun, itu tidak menjadi masalah. Kita boleh menyedekahkan al-Fatihah kepadanya... al-Fatihah!



Neda Salehi Agha-Soltan

Masih tidak habis-habis lagi isu pilihan raya presiden di Republik Islam Iran, walaupun pemenangnya telah pun diketahui.

Akibatnya, seorang wanita, graduan dari Azad Islamic University, Neda Salehi Agha-Soltan telah mati ditembak dalam sebuah protes pilihan raya presiden 20 jun lalu. Pelbagai spekulasi timbul berkenaan siapa pembunuh sebenar yang bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.






Presiden Iran yang telah memenangi pilihanraya presiden, Ahmadinejad berkata, kematian Neda mempunyai 'keraguan'. Semacam ada propaganda yang telah disusun oleh pihak musuh bagi memburukkan imej Republik Islam Iran di kaca mata dunia.

Bagi saya, Amerika dan sekutunya memang tidak pernah 'redha' dengan kemenangan Mahmoud Ahmedinejad sebagai presiden Iran yang dikenali memang tidak boleh dijadikan 'boneka' mereka.



DEBAT

Di negara Malaysia yang kita cintai, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengajak Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak untuk berdebat.


Tidak perlu saya nyatakan tajuk debat. Dengarnya, PM awal-awal lagi menolak pelawaan Tuan Guru. Ramai juga yang pesimis dan skeptik jika debat ini benar-benar berlaku.

Selepas ini, mungkin ada yang mengatakan saya akan 'melompat'...

No comments: