Monday, 15 June 2009

Belajar Dari Laskar Pelangi



MUNGKIN ini filem 'motivasi' terbaik yang saya saksikan tahun ini. Filem yang diangkat dari novel 'Laskar Pelangi' karya Andrea Hirata ini memaparkan nilai yang amat 'berharga'. Mungkin masih ramai teman-teman di Mesir yang belum menonton filem ini.

Jika sebelum ini 'kecoh' dengan 'Ayat-Ayat Cinta', saya mengesyorkan untuk kita perhatikan pula yang 'ini'. Secara dasarnya, tidak ramai yang minat membaca sesebuah novel malah lebih cenderung untuk terus menonton filem. Tidak mengapa.

Apa yang penting, filem yang berdurasi sekitar dua jam ini memberi sentuhan 'emas' buat semua golongan
tidak kira yang berada di peringkat bawah, menengah atau atasan dalam memupuk kembali semangat yang mungkin semakin sirna di dalam diri.

Secara peribadi, saya terimbau kembali kenangan di waktu zaman persekolahan (sekolah rendah) yang memerlukan semangat juang yang tinggi walaupun ketika itu hanya bergelar seorang 'budak picisan'. Bayangkan saja, saya perlu bersekolah 'dua kali' dalam sehari dengan berbasikal ke sekolah. Sesungguhya, saya belajar merintangi semua 'kesusahan' yang melanda.


Seikhlasnya, saya tidak pernah menuntut di pondok-pondok tok guru untuk menuntut ilmu. Saya disekolahkan di sekolah yang berorientasikan pendidikan agama secara formal. Walaupun demikian, kesusahan dan pengorbanan yang dialami oleh pelajar SD (sekolah rendah agama di Indonesia) yang dipaparkan dalam cerita 'Laskar Pelangi' saya dapat rasakan. Saya turut belajar 'menghadam' erti kepayahan menuntut imu selama ini.

Kita boleh lihat watak Lintang yang menjadi salah seorang tunjang dalam filem ini. Bagaimana kesungguhan dan kecekalan Lintang untuk terus bersekolah walaupun ayahnya hanya seorang nelayan miskin. Kesusahan yang dialami tidak menjadi penghalang untuk mengejar cita-cita yang diimpikan.

Semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan dalam 'Laskar Pelangi' memberi kesedaran kepada kita bahawa sebuah kegagalan hanyalah sebagai sebuah permulaan. Bukan bermakna apabila kita gagal, kita akan gagal buat selamanya. Kita juga berhak untuk memperolehi kejayaan. Yang muhim usaha.

Mungkin ini nasihat buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang masih 'berselimut'. Muhasabah kembali diri sendiri. Masih belum terlewat untuk kita bangun dari tidur yang lena!

4 comments:

ahli BKPSM said...

kami benci amirudin rosdi..

muka tidak tahu malu!!!!

Anti-YDP sabah sekarang said...

saya rasa penulis macam nak minta puji..

minta puji je lebih..

piiiirahhh!!!!!

Anonymous said...

aku sokong

Ena_Smiley said...

Syukran atas kesudian berkongsi tuk tngk movie nie.Best~Lintang watak kesukaan..Semoga kita dapat ambil ibrah dari movie ni.

Ermm..napa benci2 ni?Ndak baik gtu..