Wednesday, 17 June 2009

Pijat

MENGIKUT Kamus Dewan Edisi Empat, pijat-pijat merupakan sejenis kutu yang busuk baunya. Kalian pun sudah tentu mengenali pijat-pijat, bukan?. Ada sebuah peribahasa yang mengatakan,"kerana pijat-pijat mati tuma". Masyhur juga rupanya pijat-pijat ini...

Mengapa tiba-tiba saya berbicara tentang pijat? Sudah tidak ada topik lain kah?


Lazimnya, sahabat-sahabat di Mesir begitu 'anti' dengan pijat-pijat. Apa tidaknya, tidur yang lena seringkali diganggu oleh 'si kecil' ini. Kita yang berada dalam suasana yang kondusif akan jadi tidak keruan dek kerana 'kemesraan' sang pepijat. Saya pernah mengutip sebuah hadith berkenaan pijat (betulkan saya kalau salah) yang menceritakan bahawasanya Rasulullah S.A.W melarang kita mencaci pepijat. Dalam bahasa arab disebut 'burgus'. Ini kerana sang pepijat juga ada jasanya iaitu mengejutkan Baginda dari tidur menjelang waktu fajar.

Kita pula bagaimana, berapa banyak sudah pijat-pijat yang kita telah bunuh? Jangan khuatir, harus hukumnya membunuh pepijat jika kita diganggu. Tetapi jangan pula kita mencela dan sengaja mencari pijat-pijat dengan tujuan untuk membunuhnya.

Selesai tentang pijat-pijat dari spesies serangga.


Dalam kesibukan saya mengatur 'jadual' musim panas ini, tidak semena-mena saya 'dikunjungi' oleh 'pijat-pijat' daripada kalangan manusia (maaf, bahasa agak kasar). Mereka cuba untuk 'bermesra' melalui bahasa-bahasa 'provokatif'. Agak mendukacitakan kerana mereka tidak 'datang' kepada saya untuk 'ta'aruf' terlebih dahulu. Sikap seperti ini (maaf saya katakan) sama seperti anai-anai yang membuat kerosakan walaupun pada dasarnya anai-anai tersebut ingin membina 'kediaman'.

Wah! ada dua serangga, pijat-pijat dan anai-anai...


Ada sahabat yang mengesyorkan kepada saya untuk 'menghunus pedang' kepada 'pijat-pijat' ini. Tidak kurang juga yang memberi pandangan agar saya tidak mengendahkan 'kunjungan' seperti ini. Kita diajar untuk saling mengasihi sesama manusia. Jangan cari musuh! Saya tidak minta untuk dihormati. Cukuplah dengan belajar menekuni bagaimana menghormati diri anda terlebih dahulu.

Saya masih boleh bersabar. Hakikatnya; kita tidak akan mampu untuk membahagiakan semua orang. Apa pula kata kalian?


Tambahan : Saya sudah cukup 'kenal' dengan pijat-pijat di Mesir.

4 comments:

Nafsah Dulajis said...

Order: Anoplura
Family: Pthiridiae dan Peduculidae
Jangka hayat: 2-8 minggu.
Tidak boleh melompat dan terbang. Bertelur waktu malam. Metamorfosis tidak lengkap.Kalau di Egypt boleh sebabkan Trench fever.
Mau kasi mati?
'Bersihkan diri'(personal hygiene)

Nanti saya kaji pasal anai-anai pula.

ahliBKPSM said...

pijat datang sebab tempat kotor..

jiwa amirudin kotor..penuh hasad dan tamak..makanya pijat datang bertelur..

harap2 amirudin bersihkan nama yang kian membusuk ..sebelum membunuh pijat

paham?

DrNurolSainuri said...

kita berprasangka baik sesama kita sudah la. jadikan apa yg berlaku untuk muhasabah diri sendiri. jangan kerana post yg ditulis ni, kite berperang sesama sendiri =)
Allah Bless

DrNurolSainuri said...

kita berprasangka baik sesama kita sudah la. jadikan apa yg berlaku untuk muhasabah diri sendiri. jangan kerana post yg ditulis ni, kite berperang sesama sendiri =)
Allah Bless