Thursday, 4 June 2009
Prison Break, Obama dan Harapan
SEBENARNYA, sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan cerita 'Prison Break' dek kerana 'ketiadaan' masa yang terluang. Saya cuma sempat 'khatam' sehingga season 2. Sedar tidak sedar, cerita bersiri ini telah pun berakhir dengan sebuat penamat yang 'mengharukan'. Kenapa saya seperti beria-ia untuk bercerita mengenai 'Prison Break' ini?
Satu kalimah saya rasa memadai. PENGORBANAN. Nilai ini yang banyak dipaparkan dalam cerita tersebut. Walaupun ada beberapa kisah 'pengorbanan songsang' yang berlaku, tetapi nilai estetika dalam kehidupan manusia dari pelbagai latar belakang kehidupan yang sanggup berkorban demi 'hadaf' masing-masing wajar diperhati.
Bagaimana pula dengan kita, apa bentuk pengorbanan yang telah kita lakukan?
Obama dan Harapan
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Hussein Obama telah menyampaikan kalam sulungnya di Universiti Kaherah, Mesir sebentar tadi. Saya sendiri 'seawal pagi' menunggu di hadapan TV untuk melihat siaran langsung ucapannya yang telah disiarkan di beberapa buah stesyen TV tempatan.
Bagi saya, tiada apa yang baharu dan 'mengejutkan'. Ada sedikit 'harapan' bila Obama mengatakan inilah masanya hubungan di antara negara Islam dan Barat dipulihkan semula. 'Permulaan baharu' di antara Amerika Syarikat dan umat Islam menjadi titik tolak bagi menangani keganasan di seluruh dunia serta mencari penyelesaian di Asia Barat.
Jangan terlalu yakin dan berharap dengan kenyataan yang dilemparkan. Ini mungkin juga sebagai sebuah 'strategi' halus yang telah dirancang untuk 'menenggelamkan' kebangkitan umat Islam di seluruh dunia. Berhati-hati!
Sebuah persoalan, apakah yang akan dilakukan oleh Obama terhadap negara Israel yang terang-terang menjadi 'pengganas dunia'. Anda boleh tolong jawabkan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum,
Obama di Mesir?
Betul, jangan letakkan harapan pada kata-katanya. Itu sekadar teater play nya sahaja.
(Susah nak percaya mereka lagi)
Israel? Suruh Obama jawablah...
dah berbuih mulut umat dunia bicarakan. Encik Obama?
Syukran kerana berkongsi maklumat ini... wassalam.
(BalQis) Wa'alaikumussalam... Betul. Jgn mudah prcaya dgn 'sandiwara' ciptaan mereka.
Post a Comment